Tuesday, June 29, 2010

MENYAMBUT HARI JADI

Isnin, 28hb Jun, semalam - Warga SKSB meraikan Hari Jadi Guru Besar SKSB yang ke 57 semasa perhimpunan pagi. Murid-murid dari setiap tahun menyampaikan hadiah kepada Tuan Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim. Ini merupakan kali yang terakhir hari jadinya diraikan di SKSB. Beliau akan berpencen pada tahun hadapan nanti. Semoga beliau akan sihat dan diberkati oleh Allah.





e




k

Sunday, June 27, 2010

HARI KELUARGA KGKT 2010

Sabtu 26hb Jun 2010, semalam - KGKT SKSB telah mengadakan Hari Keluarga SKSB Ke Cameron Highland semperna meraikan hari jadi guru besar SKSB Tuan Haji Ahmad Dalail Bin Mohd Rakim yang ke 57. Taman Bunga Tanah Rata telah dipilih sebagai tempat meraikan hari jadi Tuan Guru Besar kita.


Encik Mohd Pudzi menyampaikan hadiah khas daripada KGKT SKSB


Guru-guru rajin membawa makanan serta kek ke Tanah Rata Cameron Highland

Guru Besar SKSB meniupkan lilin hari jadinya yang ke 57
Bergambar bersama isteri yang tersayang







Ada juga disediakan acara sukaneka kaum ibubapa dan anak







Melawat ke Strawberry Farm dan juga Mardi
Di sini saya mewakili semua warga SKSB mengucapkan:

"SELAMAT HARI JADI YANG KE 57!!!
HAPPY BIRTHDAY ...."

Friday, June 4, 2010

SUMBANGAN KHAS DARI PIBG

PIBG SKSB telah memberi sumbangan berbentuk wang tunai kepada murid-murid SKSB yang telah berjaya memasuki ke Peringkat Negeri mahupun Peringkat Negeri dalam Aktiviti Kokurikulum.
Anas Kamelia bt Azri Noah - Bola Jaring Peringkat Negeri
Natasha Camelia bt Azizul Hanafee - Bola Jaring Peringkat Negeri
Muhammad Shamierul Syafiq b Samsuri - Perkhemahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri
Muhammad Saiful Adham b Saiful Bahri - Perkhemahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri
Nurul Asyikin bt Mohd Yusof - Perkhemahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri
Mahirah bt Rozman - Perkhemahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri
Natasha Camelia bt Azizul Hanafi - Perkhemahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri
Amalia Syuhada bt Juhari- Perkhemahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri
Syed Amirul Hanif b Syed Hassan - Memanah Peringkat Negeri
Siti Nursyamirah bt Mohd Azhar - Memanah Peringkat Negeri
Muhammad Firdaus b Zulmukhshar - Bowling Tenpin Peringkat Negeri & Kebangsaan
Siti Nabila bt Nahadi - Bowling Tenpin Peringkat Negeri