Sunday, May 19, 2019

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019 telah berjaya dilangsungkan pada 16hb Mei 2019 jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan SKSB. Pelbagai program telah disediakan untuk memeriahkan majlis sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan bacaan Ikrar Hari Guru. Murid-murid diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada guru mereka.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK KAMPUNG DATO SERI KAMARUDDIN

Pada 9hb Mei 2019 jam 2.30 petang, rombongan dari SK Kampung Seri Dato Kamaruddin telah membuat lawatan penanda aras ke SKSB. Rombongan ini diketuai oleh penolong kanan SKKDSK dengan 25 orang guru sekolah beliau. Satu taklimat PAK 21 telah disampaikan oleh team Middle Leader SKSB. Guru-guru telah didedahkan dengan persekitaran fizikal bilik darjah, strategi pembelajaran koperatif, pembelajaran pembezaan dan pentaksiran pembelajaran untuk membantu dalam meningkat keberkesanan PdPc.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK DENDANG

Pada 2hb Mei 2019 jam 2.30 petang, rombongan dari SK Dendang telah membuat lawatan penanda aras ke SKSB. Rombongan ini diketuai oleh guru besar SK Dendang dengan 16 orang guru sekolah beliau. Satu bengkel Digital Classroom telah disampaikan oleh team ICT SKSB. Guru-guru telah didedahkan dengan aplikasi digital seperti Zipgrade, Plicker, Timer, Name Picker dan Screen Beam, untuk membantu dalam meningkat keberkesanan PdPc.