Tuesday, July 23, 2013

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2013

Pada 22hb Julai 2013, SKSB telah mengadakah Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang semperna menyambut Bulan Kemerdekaan tahun 2013. Majlis tersebut telah bermula pada pukul 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan. Beberapa acara telah disusun, antaranya seperti ucapan pelancaran oleh guru besar SKSB, Hj Zahidi b Hj Zulkiffli, gimik penyerahan bendara serta persembahan dari murid. Majlis bersurai pada pukul 9.30 pagi.



























Sunday, July 7, 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSB 2013

Pada hari ini, 7hb Julai 2013 jam 8 pagi, Sukan Tahunan SKSB telah berjaya dilangsungkan di padang Sekolah Wawasan Manjung. Berbagai acara telah dijalankan pada pagi ini. Antaranya acara yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut : lari 80m, 100m, 4 X 100m, 4 X 200 m, acara pra sekolah, acara Pra Pendidikan Khas, acara 4 X 200m jemputan dan acara kaum ibubapa serta pegawai. Majlis sukan ini berakhir pada jam 11.30 pagi dan dirasmikan penutupnya oleh Encik Tajul b Ashikin, YDP PIBG SKSB. Pada tahun 2013, rumah Biru telah menjadi juara keseluruhan acara pertandingan sukan serta memenangi Johan dalam pembarisan rumah. Tahniah diucapkan !!!!