Wednesday, February 25, 2015

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015

 
Kejohanan Merentas Desa SKSB berlangsung pada 13hb Februari 2015, Sabtu jam 8.30 pagi. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh Puan Ruhana bt Abdul Ghani @ Termizi. Acara merentas desa dimulaikan dengan larian marathon mengeliling taman yang berhampiran oleh murid-murid tahap 2. Selepas itu, acara diteruskan dengan penyampaian pingat kepada pemenang dalam larian tersebut. 




 Klik disini gambar seterusnya

Tuesday, February 24, 2015

MAJLIS PERLANTIKAN PERINGKAT SEKOLAH 2015

Majlis Perlantikan Jawatan Utama SKSB telah disempurnakan pada 9hb Februari 2015 jam 7.30 di Dataran Wawasan. Antaranya yang terlibat ialah Pegawas Sekolah, Pegawas Pusat Sumber, Briged Bestari, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKSB, Tuan Haji Zahidi bin Haji Zulkiffli. Antara acara yang dijalankan adalah seperti penyampaian sijil perlantikan serta bacaan ikrar barisan Jawatan Utama SKSB.





Klik disini untuk gambar selanjutnya