Friday, September 27, 2019

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KE 62 PERINGKAT SEKOLAH 2019

Hari ini diadakan sambutan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan kali ke 62 peringkat sekolah. Majlis dimulakan pada pukul 7:30 pagi betempat di Dataran Wawasan. Pelbagai jenis acara telah disusun untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Antaranya adalah seperti ucapan guru besar, pelancaran gimik penutupan, nyanyian lagu patriotik, mendeklamasi sajak, tarian, pameran basikal hiasan, pertandingan pakaian beragam, tayangan video kebangsaan dan penyampaian hadiah.
























Monday, September 16, 2019

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKSB 2019

Pada 9hb Ogos 2019,  Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke -62 2019 telah dilangsungkan di SK Seri Bayu pada 7:30 pagi. Aturcara pada hari tersebut adalah seperti ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, nyanyian lagu patriotik, ucapan perasmian bulan kemerdekaan, persembahan gimik pelancaran. Sambutan dineriahkan lagi dengan perakaan  kemerdekaan pada 30hb Ogos 2019. Sepanjang Bulan Kemerdekaan tahun 2019, pelbagai pertandingan telah disusunkan untuk melibatkan murid-murid SKSB, antara seperti : pertandingan menghias basikal, kuiz kemerdekaan, pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan melukis poster tahap 2, pertandingan mewarna t-shirt, pertandingan kereta berhias.