Friday, June 27, 2014

Public Speaking Competition Manjung District Level 2014

Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah telah berlangsung dengan jayanya pada 25hb Jun 2014. Seramai 4 buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini, iaitu SK Seri Bayu, SJK(C) Tit Beng, SK St. Francis, SK Convent, SK Pangkalan TLDM, SK Sungai Batu, SJKT Ayer Tawar, dan SK Methodist Ayer Tawar. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pen PPD Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, Encik Norsuhaimi bin Md Noor. SK St Francis telah muncul sebagai Johan, SK Convent - Naib Johan dan SK Pangkalan TLDM II mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan.

Saturday, May 17, 2014

JAMUAN SAMBUTAN HARI GURU

Jamuan sambutan hari guru telah dijalankan pada 16 Mei 2014 jam 8.oo malam bertempat di Hotel Orient Star, Lumut. Majlis makan malam tersebut turut dihadiri oleh Pn Zainah bt Yusoff (bekas PK SKSB), Encik Ismail b Abd Karim (bekas guru SKSB) dan Utz Zulhadi b Mohamed (bekas guru SKSB). Pelbagai acara telah dijalankan. Antaranya : penyampaian anugerah-anugerah seperti "Sifar Cuti Sakit", "Sifar Cuti Rehat" kepada guru yang cemerlang, penyampaian cenderhati kepada bekas guru SKSB, dan cabutan bertuah. Majlis tamat pada jam 10.30 malam.