Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015 telah berjaya dilangsungkan pada 18hb Mei 2015 jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan SKSB. Pelbagai program telah disediakan untuk memeriahkan majlis sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, bacaan
Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru
Malaysia dan lagu terima kasih guru pula dinyanyikan oleh semua murid-murid SKSB. Selepas itu, satu acara sukaneka telah dijalankan. Pada pukul 11.00 pagi, murid berkumpul
di sudut ilmu untuk menyaksikan pelbagai acara persembahan yang disampaikan oleh
para guru dan murid. Majlis bersurai pada pulul 1.30 tengah hari.
Sunday, May 24, 2015
JAMUAN MAKAN MALAM HARI GURU TAHUN 2015
Jamuan makan malam hari guru tahun 2015 peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 15hb Mei 2015 bertempat di Ritz Garden Hotel. Pada malam tersebut, warga SKSB telah berpakaian Arabian untuk memeriahkan majlis tersebut. Beberapa acara seperti ucapan wakil pentadbir sekolah, ketua KGKT serta cabutan bertuah telah disediakan pada malam tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















