Sunday, March 13, 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM DENGGI, 3S DAN PERASMIAN ENGLISH CORNER

Pada 7hb Mac 2016, telah diadakan 3 program dalam 1 sekolah iaitu Pelancaran Kempen Menangani Wabak Denggi, Program 3S iaitu senyum, sapa dan salam, serta Perasmian English Corner. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Seri Bayu, Tuan Haji Zahidi bin Haji Zulkiffli. Selain itu, pihak sekolah telah menjemput pengawai kesihatan daripada jabatan kesihatan Manjung untuk memberi ceramah kesedaran wabak denggi pada murid-murid sekolah.





























Tuesday, March 1, 2016

MAJLIS PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah SKSB 2016 telah berlangsung pada 29hb Februari 2016 jam 7.30 pagi di Dataran Wawasan. Beberapa acara telah disediakan semperna majlis tersebut. Antara adalah seperti upacan Guru Besar SKSB, Tuan Haji Zahidi bin Haji Zulkiffli, serta penyampaian buku nilam kepada guru kelas.

MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENYERAHAN WATIKAH 2016

Majlis Perlantikan Jawatan Utama SKSB telah disempurnakan pada 22hb Februari 2016 jam 7.30 di Dataran Wawasan. Antaranya yang terlibat ialah Pegawas Sekolah, Pegawas Pusat Sumber, Briged Bestari, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKSB, Tuan Haji Zahidi bin Haji Zulkiffli. Antara acara yang dijalankan adalah seperti penyampaian sijil perlantikan serta bacaan ikrar barisan Jawatan Utama SKSB.