Saturday, June 22, 2019

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK SERI BAYU BERSAMA MAJLIS GURU BESAR

Majlis persaraan Guru Besar SK Seri Bayu telah disempurnakan pada 15hb Jun 2019 bersama ahli MGB di Sudut Ilmu SK Seri Bayu

MAJLIS PERSARAAN PN HAJJAH MAZANA BT ISMAIL

Pada 24hb Mei 2019, jam 8:00 pagi - Majlis Mengukir Kenangan Berpaut Ingatan, khas buat Puan Hajjah Mazana bt Ismail, guru kaunseling SK Seri Bayu, sempena persaraan beliau. Majlis yang berlangsung di Sudut Ilmu SKSB ini diserikan dengan pelbagai atur cara untuk meraikan Pn Hajjah Mazana bt Ismail yang telah berkhidmat di SKSB selama 17 tahun sejak 2002. Antara pengisian atur cara sepanjang majlis ini ialah persembahan silat, bacaan doa, ucapan YDP PIBG, ucapan Guru Besar SKSB, bacaan biodata, tayangan montaj dan video, ucapan yag diraikan, penyampaian watikah, penyampaian hadiah dan persembahan koir murid. Majlis bersurai pada jam 11 pagi.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2019

Pada hari 21hb Mei 2019 jam 7:30 pagi, satu Majlis Khatam SKSB telah diadakan di Dataran Wawasan. Majlis tersebut dikelolakan oleh Panitia Agama Islam SKSB.