Saturday, July 27, 2019

SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA 2019

Sambutan Minggu Sihat Doktor Muda telah dilangsungkan bermula pada 8hb Julai 2019 sehingga 12hb Julai 2019. Tentatif porgram bermula dengan Pelancaran Minggu Sihat oleh Guru Besar SKSB, Pn Nor Azura bt Murad pada 8hb Julai 2019. Pada 9hb Julai 2019, telah diadakan ceramah dan pameran pergigian. Pada 10hb Julai 2019, program disambung dengan pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan melukis poster untuk tahap 2. Ceramah Pemakanan Sihat telah diadakan pada 11hb Julai 2019. Kemudian diikuti oleh program senamrobik pada hari Jumaat iaitu 12hb Julai 2019.


















No comments: