Wednesday, October 22, 2008

HARI KANAK-KANAK & PROGRAM RIMUP





















Pada pagi ini, sekolah kami menyambut Hari Kanak-kanak serta menjalankan Program RIMUP ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ) untuk murid Tahun 6. Program ini dilaksanakan di antara ketiga-tiga buah sekolah iaitu SK Seri Bayu, SJKT Mukim Pundut dan SJKC Ping Ming. Berbagai acara telah disediakan untuk Sambutan Hari Kanak-kanak & RIMUP. Berikut adalah aturcara bagi pagi tadi.

Hari Kanak-kanak :

7.20 am - Perhimpuanan
8.00 am - Bacaan Doa, Nyanyian lagu "Negaraku", Ucapan GB SJKTMP
8.30 am - Pertandingan Mewarna (Tahap 1), Sukaneka RIMUP (Tahap 2)
10.00 am - Rehat
10.30 am - Pertandingan Teka Silangkata
11.45 am - Penyampaian Hadiah
12.30 tgh - Bersurai

Saturday, October 18, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA UNTUK GURU-GURU







Pada 3 petang semalam, guru-guru SKSB telah bergotong-royong di sekolah untuk menyedia makanan semperna Majlis Hari Raya malam nanti. Menu makanan yang disediakan ialah rendang ayam, rendang daging, sup tulang, kuah kacang, buah dan lain-lain lagi..................











Pada 8 malam, guru serta staf sokongan bersama ahli keluarga telah hadir di sekolah untuk majlis makan malam. Anak-anak staf telah dihiburkan dengan acara sukaneka yang disediakan oleh Puan Surani dan Puan Idiana. Terdapat juga nyanyian Karaoke.