Wednesday, October 22, 2014

ACARA 1 MURID 1 SUKAN - 2014

Program 1 Murid 1 Sukan Tahun 6 dilangsungkan pada 20/10/14, Isnin. Sebanyak 2 acara pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan futsal dan bola jaring. Pertandingan ini dijalankan di antara murid-murid tahun 6. 



















ACARA SEBELUM SUKAN - 2014

Acara sebelum sukan telah bermula pada 16/10/14 hingga 18/10/14. Acara yang dipertandingkan sebelum sukan adalah seperti : sukaneka pendidikan khas, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, larian 4 x 100 m, 4 x 200 m, 200 m, bawa baton 8 x 30 m, kutip pundi kacang dan leret bola hoki.

















TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE-12 2014

Temasya sukan tahunan ke-12 telah berlangsung dengan jayanya pada 19/10/14, Ahad di padang SKSB. Majlis ini telah dirasmikan oleh Laksama Pertama Dato' Wan Othman Bin Wan Abd Rahman, Panglima Kejuruteraan TLDM. Majlis ini dimulakan dengan lintas hormat kontigen, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ikrar kejohanan, ucapan perasmian, ucapan guru besar SKSB dan persembahan murid. Acara sukan yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah seperti : larian 80 m. sukaneka pra pendidikan khas dan pra sekolah, larian 100 m, 4 x 100 m, 4 x 200 m, acara tarik tali serta acara kaum ibu dan bapa.  Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenag-pemenang. Olahragawan dan olahragawati harapan pada tahun ini dijatuh kepada Izzmiruddin Kamaruddin dan Nur Faeza Abidin. Manakala olahragawan dan olahragawati 2014 dimenangi oleh Mohd Hafiz Mohd Asri dan Sharifah Nurin Fardina syed Najib. Rumah yang menjadi juara rumah sukan pada tahun ini jatuh kepada RUMAH BIRU. Tahniah diucapakan!!