Tuesday, November 27, 2018

MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH DAN TAHUN 6 2018

Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6 telah berjaya dijalankan pada pagi 22hb November 2018 bertempat di Sudut Ilmu SKSB. Para ibubapa telah menghadirkan diri ke majlis tersebut. Majlis dimeriah lagi dengan persembahan tarian dari murid tahun 6 dan juga tarian dari murid pendidikan khas.













JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2018

Pada 19hb November 2018 Isnin jam 8 malam, KGKT SKSB telah mengadakan satu Jamuan Perpisahan dan Akhir Tahun bertempat di Marian Island Pangkor Resort dan Hotel. Tujuan jamuan tersebut adalah untuk meraikan staf yang telah berpindah iaitu Pn Siti Yuzimah, Pn Noor Salina, Pn Roshanini dan Madam Kush. Tema jamuan pada tahun tersebut adalah KEMBAR. Majlis dimeriahkan dengan pakaian guru yang berkembar dan bergaya.




























LAWATAN PENANDA ARAS SKSB KE SUNGAI PETANI

Pada 18hb November 2018, seramai 60 orang guru SKSB telah mengadakan rombongan Lawatan Penanda Aras ke Sungai Petani. Dua buah sekolah berprestari tinggi di Sungai Petani, Kedah telah dilawat, iaitu SK Ibrahim dan SK Convent Father Barre. Para guru berpeluang untuk mendengar taklimat kecemerlangan yang telah disampaikan oleh guru besar serta melawat ke kawasan persekitaran dalam sekolah tersebut.