Sunday, August 20, 2017

PROGRAM REHMAH TAHUN 6

Program Rehmah Tahun 6 telah dijalankan pada 19hb Ogos 2017 bertempat di SK Seri Bayu. Beberapa aktiviti telah disusun untuk melepas tekanan murid di samping memberi motivasi yang baru untuk murid sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Antaranya adalah seperti LDK 1 (Ice Breaking) danLDK 2 (Sayang Si Buta). Murid-murid berasa seronok dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukaneka. Program ini tamat pada jam 12.00 tengah hari.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah SKSB telah diadakan pada 14/8/17, Isnin jam 8 pagi di Dataran Wawasan. Seluruh warga sekolah telah bersama-sama meraikan malis penuh makna ini. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Ini diikuti dengan ucapan perasmian serta pelancaran gimik oleh Guru Besar SKSB, Hj Zahidi b Hj Zulkiffli. Kemudian majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari murid dan nyanyian lagu Patriotik secara beramai-ramai dan kibaran jalur gemilang. Majlis bersurai pada pukul 9 pagi.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI DAERAH LMS DAN KK

Pada 5hb Ogos 2017, rombongan yang terdiri daripada guru besar dan guru-guru dari sekolah-sekolah di Daerah Larut Mantang dan Selama serta Daerah Kuala Kangsar mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKSB untuk melihat sendiri Pengurusan Sekolah dan juga pembangunan VLE Frog di SK Seri Bayu. Rombongan tersebut diterima dengan mesra oleh barisan guru kanan SKSB dan juga guru-guru SKSB. Satu taklimat mengenai pengurusan SKSB telah disampaikan oleh En Hamdan, PK Pentadbiran SKSB. Acara diteruskan dengan lawatan ke Frog Classroom dan juga kelas Pendidikan Khas Pendengaran.














HARI KEUSAHAWANAN SKSB 2017

Hari Keusahawanan SKSB 2017 telah berjaya dilangsungkan pada 30hb Julai 2017 jam 8.00 pagi sehingga 4 petang bertempat di padang SKSB. Pelbagai gerai jualan telah disediakan, antara gerai laksa, gerai mee kari, gerai nasi berlauk, gerai air, gerai aiskrim, mee rubus, burger dan sebagainya. Selain itu, aktiviti lain yang diadakan termasuk tuju lagu, menonton wayang, roda impian, pertandingan karaoke, rumah hantu, soopa dupa, motor bike show, cabutan bertuah, berkuda, taman tema air, bule giant dan sand art. Sambutan yang diterima daripada ibubapa serta penduduk sekitar amat memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam 8 pagi sehingga tamat Hari Keusahawanan. Kebanyakan gerai berjaya menghabiskan barangan jualan mereka. Hari Keusahawanan telah berakhir pada pukul 4.00 petang.