PEMBANGUNAN MUZIK

PROGRAM PEMBANGUNAN MUZIK DI SK SERI BAYU

Matlamat 

Matlamat Pembangunan Muzik di SKSB dengan tujuan melahirkan guru dan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor guru dan murid, di samping memupuk nilai sosialisasi.

Objektif 
  1. Memupuk semangat dan minat dalam bidang muzik.
  2. Meneroka alam muzik dengan mengetahui dan memahami kemahiran penguasaan alatan muzik.
  3. Memberi pendedahan dalam persembahan di majlis atau perayaan peringat sekolah.
Program Yang Dilaksanakan

1. Kelas Violin

Kelas ini telah  bermula pada bulan Januari tahun 2007 atas ilham Tuan Haji Ahmad Dalail, guru besar SKSB. Seramai 23 orang murid beserta dengan Guru Besar SKSB telah menyertai kelas tersebut. Kelas violin dikelolakan  dengan kerjasama Syarikat Sabak Muzik Akademik, Seri Manjung. Beberapa persembahan daripada pelajar-pelajar telah diadakan sempena Hari Anugerah Cemerlang serta beberapa majlis yang lain. Berkat kesungguhan dan kepimpinan guru-guru serta tenaga pengajar, satu mini orkestra telah ditubuhkan di sekolah ini.

2. Kelas Mini Orkestra
Kelas Mini Orkestra telah bermula pada 4hb April 2009 dengan seramai 29 orang murid. Antara objektif penubuhan ini adalah memberi pendedahan tambahan kepada murid-murid dalam penguasan kemahiran alat muzik bermelodi dan alat perkusi serta menanam semangat dan menarik minat murid dalam bidang muzik. Alat muzik yang diajar di dalam kelas tersebut adalah terdiri daripada rekoder, melodian, kastenet, kayu tik-tok dan lain-lain.

3. Kelas Keyboard

SKSB merupakan pusat operasi  Kelas Kibod bagi guru-guru muzik di Daerah Manjung. Mula beroperasi pada bulan April tahun 2007.  Ramai guru dan murid-murid SKSB yang menyertai program ini untuk menambah pengetahuan yang sedia ada bagi membantu guru-guru dalam P & P. 

4. Kelas Gitar
Pada tahun 2010, Panitia Muzik telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan kelas gitar bagi guru-guru dan murid-murid SKSB. Mereka telah diberi peluang untuk melibat diri dalam bidang muzik di samping menambah ilmu mereka dalam kemahiran menguasai alat muzik. Sabak Muzik Akademik telah memberi khidmat bantuan dari segi tenaga pengajar.
Pada tahun 2011, kelas ini telah dibuka untuk penyertaan dari sekolah lain di kawasan manjung.

5. Kelas Drum
Pada tahun 2010 juga, kelas drum bagi guru-guru dan murid-murid SKSB telah ditubuhkan dengan tujuan memberi pendedahan kepada guru dalam kemahiran drum.

6. Kelab Kugiran SKSB
Kelab Kugiran SKSB telah ditubuhkan di sekolah ini pada tahun 2010. Ahli-ahli kelab ini terdiri daripada guru-guru atau staf SKSB yang berminat atau bekebolehan dalam bidang muzik. Mereka telah berkumpul dan membuat latihan pada waktu petang lepas sekolah. Pada sambutan majlis / perayaan peringkat sekolah, kumpulan kugiran ini akan membuat persembahan secara ”live” untuk memberi hiburan dalam majlis tersebut. Antara ahli terdiri daripada pemain drum, pemain lead gitar, pemain bass gitar, pemain kibod dan penyanyi.
 Pada tahun yang sama, Kelab Kugiran Murid juga ditubuhkan di kalangan murid yang berminat kepada muzik.

KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI :
1. PERSEMBAHAN ORKESTRA DI PERINGKAT SEKOLAH
Pada tahun 2008. tertubuhnya Kumpulam Orkestra SKSB yang terdiri daripada gabungan kelab violin, melodian dan rekoder, mampu membuat persembahan di dalam Majlis atau Perayaan semperna Sambutan Hari Guru/ Hari Kemerdekaan dan Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah.

2. PERSEMBAHAN VIOLIN DI PASARAYA GIANT
Beberapa pemain violin telah terlibat dalam Persembahan semperna Karnival Muzik yang dianjurkan oleh Sabak Muzik Akademik bertempat di Pasaraya Giant Sitiawan.

3.PERSEMBAHAN ORKESTRA DI DEPAN PUTERI SULTAN PERAK
Pada 7hb Ogos 2010, Pasukan Orkestra SKSB yang terdiri daripada ahli-ahli violin, rekoder, melodian dan kibod telah dijemput oleh Majlis Perbadaran Manjung untuk membuat persembahan orkestra di Majlis Lawatan Dan Sumbangan Derma. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor serta dirasmikan oleh YAM Raja Dato Seri Azureen bt Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Puteri Sultan Perak.
4. PERSEMBAHAN PASUKAN ORKESTRA BERSAMA KUGIRAN SKSB DALAM MAJLIS HARI GURU DAERAH MANJUNG 2011
 Kumpulan Orkestra telah bergabung dengan kumpulan Kugiran SKSB dengan seramai 65 orang  telah dijemput oleh Pejabat Pelajaran Daerah Manjung pada 17/5/11 untuk membuat persembahan dalam Majlis Hari Guru Daerah Manjung Tahun 2011 bertempat di Marina Island. 

5. PERSEMBAHAN PASUKAN ORKESTRA SEMPERNA MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK SERI BAYU
Kumpulan Pasukan Mini Orkestra telah membuat persembahan yang menarik pada 27hb Jun 2011 Semperna Majlis Persaraan Guru Besar SK Seri Bayu, Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim P.P.N. Lagu yang dipersembahkan pada hari tersebut adalah : Esok Akan Baik (Lagu Cina), Pelangi Petang, Selamat Tinggal Bungaku dan Bertemu & Berpisah.
 Pasukan Mini Orkestra SK Seri Bayu dengan seramai 60 orang
 Guru Pemimpin (dari kiri ke kanan) : Pn Pauline (Guru Muzik dari Sabak Muzik Akademik), Haji Ahmad Dalail b Mohd Rakim P.P.N. (Mantan Guru Besar SK Seri Bayu), Pn Surani bt Othman (Guru Muzik SKSB) dan Pn Ruth Ling (Penyelaras Pasukan Orkestra).
  
5. PERSEMBAHAN PASUKAN ORKESTRA SEMPERNA MAJLIS JAMUAN RAKYAT BERSAMA DYMM PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN
Majlis Jamuan Rakyat Bersama DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan telah diadakan di Dataran Hadhari Teluk Batik pagi hari ini. Majlis ini berlangsung semperna Ulang Tahun Keputeraan ke 83 DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Pasukan Orkestra SKSB telah dijemput untuk membuat persembahan di depan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.



5. PERSEMBAHAN PASUKAN ORKESTRA SEMPERNA MAJLIS JAMUAN RAKYAT BERSAMA DYMM PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN
Kumpulan Pasukan Mini Orkestra telah membuat persembahan yang menarik pada 30hb Oktober 2011 Semperna Majlis Penghargaan Kontigen Daerah Manjung PSKPP Negeri Perak Kali Ke 30 bertempat di SMK Ahmad Boestamam. Seramai 40 orang murid dan 10 orang guru terlibat dalam Persembahan tersebut.

6. PERSEMBAHAN PASUKAN ORKESTRA SEMPERNA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2012


Kumpulan Orkestra SKSB telah membuat persembahan dalam Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2012 pada 21hb April 2012 bertempat di SK Seri Bayu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Man Hang Soon D.P.M.P.

7. PERSEMBAHAN PASUKAN ORKESTRA SEMPERNA SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2013




Kumpulan Orkestra SKSB telah membuat persembahan dalam Sambutan Hari TIBI Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2013 pada 12hb April 2013 bertempat di Centre Court AEON, Seri Manjung. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr Hjh. Nordiyanah bt Hj. Hassan.




KLIP VIDEO PERKEMBANGAN MUZIK DI SKSB








PERSEMBAHAN ORKESTRA SEMPERNA HARI GURU PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2011