Friday, August 28, 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2015

Pada tahun 2015, Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah telah berlangsung dan disambutkan bersama antara SKSB dengan SJKTMP dengan jayanya pada 28.8.2015, Jumaat jam 8.00 pagi di Dataran Perhimpunan SKSB. Majlis dimula dengan Bacaan Doa dan nyanyian lagu Negaraku. Selepas itu, majlis disambungkan dengan Pembacaan Perutusanm, Ucapan Perasmian Sambutan Hari Kebansgaan serta melaungkan MEREDEKA oleh Guru Besar SKSB, Hj Zahidi bin Hj Zulkiffli. Seterusnya, murid-murid menyanyikan lagu tema Hari Kemerdekaan yang ke-58, iaitu "Sehati Sejiwa ". Acara disambung dengan pertandingan lagu patriotik, pakaian beragam serta basikal cantik serta penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya memenangi pertandingan sepanjang bulan kebangsaan. Majlis bersurai pada pukul 10 pagi.