Monday, December 5, 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI TAHUN 6/PRA SEKOLAH

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 / Pra Sekolah SK Seri Bayu telah berlangsung dengan jayanya pada 23hb November 2016 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Manjung. Majlis dimula pada jam 2 petang dan dirasmi oleh YB Dato' Rashidi bin Ibrahim D.P.M.P., A.M.N., A.M.P., Adun Pasir Panjang. Pelbagai acara telah disusun seperti : Tarian VLE, Persembahan Okestra, Pemyampaian Hadiah Akademik dan ko akademik, Graduasi Tahun 6 dan  Pra Sekolah. Majlis bersurai pada jam 5:30 petang.  















































Saturday, November 19, 2016

JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2016

Pada 18hb November 2016, Kelab KGKT SK Seri Bayu telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun KGKT 2016 bertempat di Hotel Marina Island Resort pada jam 8 malam. Warga SKSB telah berpakaian bertema glamorous blink blink untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi KGKT, Guru Besar SKSB serta ucapan dari guru yang berpindah. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah & sijil AJK KGKT, memotong kek, tayangan slaid serta cabutan bertuah. Jamuan bersurai pada pukul 10:30 malam.