Tuesday, July 28, 2009

CERAMAH & LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA

Pada hari ini jam 9 pagi, 2 orang pegawai bomba dari Jabatan Bomba Sitiawan tiba di sekolah kita untuk memberi ceramah semperna program sekolah selamat SKSB. Murid-murid dididik cara-cara mencegah kebakaran dan cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. Selepas itu, satu latihan kebakaran dijalankan dan murid menyaksikan demontrasi menyelamatkan mangsa dan memadan api dari pasukan ahli bomba Sitiawan.


Ceramah dari pegawai ahli bomba Sitiawan


Cara-cara menyelamatkan diri sekiranya terbakar.

Sesi soal-jawab dengan murid




Demontrasi dari ahli bomba untuk menyelamatkan mangsa dari kejadian kebakaran

Ahli bomba sedang memancut api untuk memadankan api semasa kebakaran.





Demontrasi dari guru untuk memadankan api dengan menggunakan pemadan api








Murid mencuba memadankan api di bawah pimpinan ahli bomba


Thursday, July 23, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis Penyampaian Hadiah bagi acara-acara yang telah dipertandingkan pada hari yang lepas semperna Pelancaran Bulan Kecergasan telah dilansungkan pada pagi ini.








Tuesday, July 21, 2009

PERLAWANAN BOLA TAHAP 2

Bermula dari hari Isnin hingga hari Rabu, murid tahap 2 telah melibat diri dalam pertandingan bola jaring dan bola sepak antara rumah sukan semperna minggu kecerdasan yang telah dilancarkan pada Jumaat minggu lepas.











Friday, July 17, 2009

PELANCARAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada jam 8.00 pagi ini, satu majlis telah berlansung bertempat di Dataran Wawasan SKSB, iaitu Program Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah Tahun 2009. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SKSB, Hj Ahmad Dalail bin Mohd Rakim, PPN. Aturcara majlis pada pagi ini adalah seperti senam robik dan Sukaneka Tahap 1.





Senam robik dibawah pimpinan Puan Ruhana, Puan Nor Zalilah dan Encik Al Fairuz




Sukaneka Tahap 1




Murid dari Kelas Pendidikan Khas Pendengaran mesra bersama Guru Besar.