Thursday, November 15, 2012

HARI GRADUASI TAHUN 6

Hari Graduasi Tahun 6 telah berlansung pada 8hb November 2012, Khamis bertempat di SKSB. Majlis ini merupakan majlis yang pertama kali dijalankan di SKSB. Seramai 139 orang murid tahun 6 terlibat dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj. Tajul 'Ashikin b Tajul (AMN, BAT, PJM, PPS, PPA). Aturcara pada hari tersebut adalah terdiri daripada penyampaian hadiah kedudukan, mata pelajaran terbaik, anugerah khas kokurikulum, anugerah rambu pengakap, persembahan orkestra SKSB serta penyampaian hadiah tokoh murid. Tokoh murid SKSB tahun 2012 dimilik oleh Muhammad Izzul Haziq b Mohd Nazri dan Nur Saidatul Husna bt Norsuhaimi. Tahniah diucapkan.




















Sunday, November 4, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2012

Pada 31/10/12, warga SKSB telah meraikan jamuan akhir tahun kgkt dan juga hari jadi guru besar SKSB Encik Pauzi b Ab Latif 2012 di Hotel Orient Star di Lumut. Pada malam tersebut, berbagai acara telah disediakan seperti : cabutan bertuah, hadiah untuk yang bertukar, persembahan multimedia dan sebagainya.



















Monday, September 17, 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & HARI RAYA

Pada hari Jumaat minggu yang lepas, sekolah telah menyambut Hari Kanak-Kanak dan Hari Raya Peringkat Sekolah. Murid-murid berpakaian baju raya pada hari tersebut dan menyaksikan pelbagai acara seperti tarian dan nyanyian, yang telah disediakan oleh Kelas Pra Sekolah, Kelas Pendidikan Khas, Kelas Bahasa Mandarin serta kelas tahap 1 & tahap 2. Selepas itu, murid mengadakan jamuan hari raya di dalam kelas masing-masing.