PEMBANGUNAN ICT



SINOPSIS :
Dalam dunia yang tidak bersempadan, “Information Communication Technology (ICT) telah menjadi alat yang sungguh berkesan untuk meningkatkan produktiviti, keupayaan dan penyebaran luas maklumat terkini. Untuk mengharungi cabaran ini, inisiatif untuk membangunkan ICT Sekolah dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah diperlu dan diutamakan. Pembangunan ICT telah ditekankan dalam aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Ia juga meliputi pembangunan ICT dalam pengurusan sekolah.

Objektif :
  1. Memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan murid-murid dalam kepentingan  penguasaan kemahiran ICT.
  2. Membantu meningkatkan penguasaan ICT guru-guru dan murid-murid dalam penyediaan couseware pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menguasai Ms Office, aplikasi lain dan mampu meneroka portal / laman web pendidikan.
  4. Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
  5. Mengoptimumkan penggunaan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid SK Seri Bayu.

program yang dilaksanakan :

A) KURSUS PERKEMBANGAN STAF
Program Perkembangan Staf juga dikenalikan sebagai Kursus Dalaman. Ia telah dirancang dan dijalankan sejak tahun 2007. Sehingga tahun 2010, Kursus Dalaman  untuk guru-guru SKSB masih lagi dijalankan dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada guru-guru dalam penguasaan kemahiran ICT.
Skop bidang kursus adalah terdiri daripada : Pengendalian alatan PPSMI, penyenggaraan komputer riba ( Mengemaskini Antivirus, Disk Defragmenter, Scan Hard disk), Pengendalian CD Courseware PPSMI, Penguasaan Ms Office (Word, Excel dan Power Point), Penguasaan Aplikasi Window Movie Maker, Pengaksessan Internet Pendidikan seperti EduWebTV, penguasaan email, pembinaaan blog dan lain-lain aplikasi.


B) PEMBINAAN COUSEWARE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada tahun 2007, Program pembinaan CD courseware pengajaran dan pembelajaran telah disarankan kepada guru-guru terutamanya guru-guru PPSMI untuk menghasilkan courseware mengikut mata pelajaran yang diajar. Program ini diteruskan berjalan setiap tahun.

Pada awal tahun guru-guru telah didedahkan kepada penguasaan Ms Power Point dalam kemahiran seperti memasukkan text, gambar, video, hyperlink dan animasi.Guru menggunakan bantuan daripada aplikasi Window Movie Maker untuk mengeditkan video yang telah dimuat turunkan dari laman web pendidikan.

Aplikasi video converter secara online juga diajar untuk membantu guru dalam menukarkan format video dan mengimportkan video secara offline ke dalam Ms Power Point.

Pada tahun 2011, couseware hasilan dari guru juga dinaikkan (upload) ke dalam laman web sekolah dan ePals Globa Community untuk diakses oleh guru-guru SKSB, guru dari luar dan juga murid-murid. Sehingga kini, sebanyak 70 courseware P&P telah dihasilkan oleh guru-guru SKSB.

C) PENUBUHAN BRIGED BESTARI

Pada tahun 2008, Briged Bestari SKSB telah ditubuhkan lanjutan daripada Projek  Pelaksanaan Sekolah Bestari. Penubuhan Briged Bestari di SKSB telah banyak membantu sekolah dalam menjayakan Program Sekolah Bestari serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi berjalan dengan lancar.

Program latihan disediakan untuk melatih ahli-ahli Briged Bestari dalam menguasai aplikasi seperti : Emel, Intenet, Kolaborasi dan Ms Office ( Word, Excel dan Power Point ).
Ali-ahli Briged Bestari juga diajar untuk membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT (Preventive Maintenance), membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian.
Selain daripada itu, ahli-ahli Briged Bestari juga melibat diri dalam membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


D) KELAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI UNTUK MURID

Kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi Murid merupakan salah satu Projek K Perak e-Learning Cluster. Kelas ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap bidang ICT. Ia juga merupakan salah satu Program kursus dan latihan tambahan berkenaan ICT untuk ahli Briged Bestari.

Seramai 21 orang murid menghadiri kelas tersebut. Sukatan Pelajaran untuk Kelas TMK telah dipilih dan disusun. Antaranya aplikasi yang perlu didedahkan kepada murid-murid kelas TMK adalah seperti : Pemprosesan Perkataan (Ms Word), Hamparan Elektronik (Ms Excel), Aplikasi Persembahan (Ms Power Point), Emel, Kolaborasi (Facebook), Penggunaan Enjin Pencarian (Yahoo, Google) dan Pengaksessan Laman Web Pendidikan.


E) PEMBELAJARAN GLOBALISASI
Oracle Think Quest ( yang dulu dikenali sebagai Think.com) merupakan satu tempat di mana murid-murid diberi peluang untuk berkongsi maklumat bersama, bertukar maklumat atau fikiran, serta membuat projek kumpulan secara globalisasi. Melalui Portal ini, murid dapat menceburi dalam dunia pembelajaran yang menggunakan internet. Pada tahun 2007, SK Seri Bayu telah berdaftar di bawah Oracle Think.com. Seramai 80 orang murid terlibat diri dengan aktif dalam pembelajaran ini.
Pada tahun 2011, Pembelajan Globalisasi yang terdiri daripada Perak 5A dan T- Score telah diperkenalkan kepada murid-murid di SKSB. Mereka menunjukkan minat yang tinggi  dalam melibatkan diri dalam proje k rintis Pe rak 5A dan juga T- Score.

Berikut adalah contoh-contoh muka surat pembinaan laman pembelajaran ThinkQuest :

Akibat daripada penguasaan pembinaan courseware, guru-guru juga memberi pendedahan kepada murid-murid dalam penguasaan Ms Power Point untuk menghasilakn tugasan mereka.

Tugasan murid juga dikutip dan dikumpul untuk menghasilkan CD pengajaran dan pembelajaran. Sehingga sekarang, lebih daripada 10 keping CD telah dihasilkan oleh murid-murid SKSB dalam bentuk Ms Power Point, Digital Story Telling dan juga bentuk Klip Video.

KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI :

Seramai 21 orang murid telah berjaya menamatkan kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi selama 5 bulan. Mereka telah dianugerahkan Sijil Penyertaan Kelas TMK SKSB tahun 2010.
Selain daripada itu, 9 orang murid telah berjaya menduduki ujian ”Dynabook Grade Exam” dalam bidang Ms Word, Ms Excel dan juga Ms Power Point. Mereka telah diberi Sijil Kepujian oleh Dynabook Computer Centre Sdn. Bhd. dengan kerjasama Segi Universiti College.

PERAK 5A
Seramai 20 murid terlibat dalam Perak 5A. Pada 8hb Mac 2011semasa Percubaan Beta 1 Portal Perak 5A, SKSB berjaya mendapat tempat kedua daripada 7 buah sekolah rintis. Manakala pada 1hb April 2011 semasa Pelancaran Perak 5A bersama Dato’ Seri Dr Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Negeri Perak, SKSB berjaya mendapat tempat keenam daripada 14  buah sekolah.

T - SCORE
Seramai 4 murid terlibat dalam Ujian T-Score semasa Karnival Wifi Perak & Cycber di Lumut Waterfront pada 1hb hingga 3hb April 2011. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir . Setelah 3 hari bertandingan, Muhammad Idzihar bin Idris, murid tahun 6 SKSB telah muncul menjadi Johan kategori sekolah rendah manjung (12 sekolah Daerah Manjung terlibat)

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SEKOLAH-SEKOLAH BERDEKATAN
Pada 16/4/11 hingga 21/5/11, seramai 9 rombongan yang terdiri daripada sekolah-sekolah di Manjung mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKSB untuk melihat sendiri Pengurusan Sekolah dan juga Pembangunan ICT di SK Seri Bayu. Berikut adalah sekolah-sekolah yang terlibat :
1. Sekolah Kebangsaan Sitiawan (16/4/11)    
2. Sekolah Kebangsaan Convent - 3 orang guru & 15 orang murid (20/4/11)    
3. Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib - 29 orang staf (23/4/11)    
4. PKG Sitiawan - 22 pengetua/ guru besar & 22 GPB/GICT (28/4/11)    
5. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Cheng - 53 orang guru - 7/5/11 
6. Sekolah Kebangsaan St Francis - 14/5/11
7. Sekolah Kebangsaan SK Seri Selamat - 32 orang guru - 19/5/11
8. Sekolah Kebangsaan Convent - 28 orang guru - 21/5/11

Lawatan dari Sekolah Kebangsaan Sitiawan
Lawatan dari Sekolah Kebangsaan Convent
Lawatan dari Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib
Lawatan dari PKG Sitiawan
Lawatan dari SJKC Chung Cheng
Lawatan dari SK St Francis





Lawatan dari SK Convent