Thursday, July 2, 2015

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI SHAMSUDDIN BIN MANSUR

30hb Jun 2015, jam 11.00 pagi - Majlis Jasamu Dikenang, khas buat Tuan Haji Shamsuddin Bin Mansur, Penolong Kanan Pentadbiran sempena persaraan beliau. Majlis yang berlangsung di Sudut Ilmu SKSB ini diserikan dengan pelbagai atur cara untuk meraikan Tuan Haji Shamsuddin yang telah berkhidmat di SKSB selama 1 tahun 6 bulan di SKSB. Antara pengisian atur cara sepanjang majlis ini ialah Nyanyian Negaraku, Bacaan Doa, Persembahan Nasyid, ucapan Guru Besar SKSB, ucapan YDP PIBG SKSB, tayangan video dan bacaan biodata, Ucapan dari Tuan HajiHaji Shamsuddin Bin Mansur, persembahan silat serta penyampaian hadiah dari tahun dan juga panitia. Majlis diakhiri dengan murid bersalaman dengan beliau.