Sunday, March 17, 2013

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Kejohanan Merentas Desa Sekolah Wawasan Manjung berlangsung pada 16hb Januari 2013, Sabtu jam 8 pagi. Matlamatnya adalah untuk mencungkil bakat, memupuk semangat kesukanan serta merelisasikan sukan sepanjang tahun dan satu murid satu sukan menjadi realiti.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN HOKI SKSB

Kejohanan Hoki MSSD Manjung telah berlangsung pada 5-7 Mac 2013 bertempat di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Manjung. Pasukan Hoki SKSB telah menjadi Johan. Nur Aina bt Ahmad Husaini telah dipilih menjadi pemain terbaik. Jurulatih Pasukan Hoki SKSB adalah terdiri daripada Puan Rosnah bt Hanapi, Pn Surani bt Othman dan Pn Zalila bt Abd Aziz @ Zainal Abidin. Syabas dan tahniah diucapkan.




CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6

Ceramah Motivasi tahun 6 telah berlangsung pada 13hb Mac 2013, Selasa bertempat di Dewan Samudera. Ceramah pada kali ini telah menjemput Encik Tajul sebagai penceramah kita.













MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11 telah berlangsung dengan berjaya pada 9hb Mac 2013, Sabtu bertempat di Sudut Ilmu SKSB pada jam 9.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Sharudin b Said, Pengurus Besar Restoran Seri Damai Laut, Lumut. Acara yang telah dijalankan adalah seperti : Taklimat sarana ibu bapa, mesyuarat agung PIBG serta cabutan bertuah. Majlis bersurai pada pukul 12 tengah hari.