Saturday, September 28, 2013

PERTANDINGAN ESEMBEL REKODER PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2013

Pertandingan Rekoder Ensemble Sekolah Rendah Daerah Manjung telah berlangsung dengan jayanya pada 18hb September 2013 bertempat di SK Mohammad Saman. Seramai 4 buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini, iaitu SK Seri Bayu, SJK(C) Tit Beng, SJK(C) Chung Cheng dan SJK(T) Maha Ganesa Vidaisalai, Sitiawan. SJK(C) Chung Cheng telah muncul sebagai Johan, SK Seri Bayu - Naib Johan dan SJK(C) Tit Beng mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan.














Monday, September 2, 2013

PROGRAM REHMAH TAHUN 6

Pada hari ini jam 2.00 petang, murid-murid Tahun 6 berkumpul di Pantai Teluk Batik untuk Program Rehmah yang telah dirancangkan khas oleh guru-guru tahun 6. Berbagai aktiviti telah disusun untuk melepas tekanan murid di samping memberi motivasi yang baru untuk murid sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Murid-murid berasa seronok dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukaneka di tepi pantai. Program ini tamat pada jam 5.00 petang.




























Sunday, September 1, 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 TAHUN 2013

Pada 30hb Ogos 2013, jam 7.30 pagi, warga SK Seri Bayu bersama dengan SKJT Mukim Pundut telah berkumpul di Dataran Wawasan untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 tahun 2013 peringkat sekolah. Sambutan ini dijalankan dengan ringakas dan meriah. Beberapa acara yang telah disusunkan seperti berikut : Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Perak dan Lagu Patriotik bersama dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang, bacaan Perutusan Kemerdekaan, senamrobik serta perarakan. Majlis bersurai pada pukul 10.30 pagi.