Wednesday, May 27, 2015

ANUGERAH LOGIN TERTINGGI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA

SK Seri Bayu telah diberi Anugerah Login Tertinggi Persekitaran Pembelajaran Maya pada hari ini di Atrium Gemilang, JPN Perak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Sektor Pengurusan Maklumat ICT. Anugerah ini adalah anugerah suku tahun pertama 2015 kategori sekolah rendah. Ia telah disampaikan kepada Tn Hj Zahidi b Hj Zulkiffli guru besar SKSB oleh Hj Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perak semperna dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Perak pada pagi hari ini. Tahniah diucapkan.


Sunday, May 24, 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2015

Perkhemahan Unit Beruniform telah dijalankan pada 22hb Mei 2015 hingga 23hb Mei 2015 bertempat di Rindu Alam Motel, Kampung Baru. Seramai 50 orang murid Tahap 2 telah terlibat dalam perkhemahan ini. Pelbagai program aktiviti telah disediakan. Antaranya terdiri daripada ceramah motivasi, sukaneka, pertandingan malam kebudayaan serta majlis penutup.













SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015 telah berjaya dilangsungkan pada 18hb Mei 2015 jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan SKSB. Pelbagai program telah disediakan untuk memeriahkan majlis sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu terima kasih guru pula dinyanyikan oleh semua murid-murid SKSB. Selepas itu, satu acara sukaneka telah dijalankan. Pada pukul 11.00 pagi, murid berkumpul di sudut ilmu untuk menyaksikan pelbagai acara persembahan yang disampaikan oleh para guru dan murid. Majlis bersurai pada pulul 1.30 tengah hari.