Monday, January 25, 2010

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN

Pada pagi ini, jam 7.30 murid-murid dari SJKT Mukim Pundut berserta dengan SK Seri Bayu berkumpul di Dataran Wawasan untuk menyaksikan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Massuti Bin Haji Topo, Penyelia Sekolah Rendah, PPD Manjung. Majlis tersebut dihadiri bersama oleh YDP PIBG SKSB iaitu Encik Tajul A'shikin bin Tajul. Majlis bersurai pada 8.30 pagi.






Ucapan dari Guru Besar SK Seri Bayu, Tuan Haji Ahmad Dalail B Mohd Rakim P.P.N.
Turut hadiri bersama - Guru Besar SJKT MP, YDP PIBG SKSB dan Penyelia SK PPD Manjung
Ucapan daripada Guru Besar SJKT Mukim Pundut, Encik Thanaskody a/l Sundara Rajoo.
Ucapan Perasmian daripada Penyelia Sekolah Rendah PPD Manjung,
Tuan Haji Massuti B Haji Topo








Bacaan Ikrar oleh barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari, Pembimbing Rakan Sebayu, Ketua Darjah serta Penolong Ketua Darjah Sekolah Wawasan Manjung



Penyampaian Cenderahati kepada Penyelia SK PPD Manjung

Friday, January 8, 2010

NEWS UPDATE

CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6

Pada 6hb Januari 2010, Rabu jam 8 pagi, satu ceramah motivasi khas untuk murid tahun 6 telah berlangsung di Sudut Ilmu SKSB. Penceramah yang bernama Tuan Haji Shahbuddin Al-Ustaz Mun telah di jemput dari Pusat Motivasi Elit Klang. Beliau telah membawa ceramah yang bertajuk "Rahsia Menjadi Seorang Pelajar". Ceramah motivasi diteruskan ke 7hb Januari 2009 dengan penceramah Encik Khairul Khashimi bin Abdul Aziz dari Pusat Motivasi Elit Klang. Beliau menyampaikan tajuk yang sama kepada murid Tahun 5 dan 4.


Penceramah yang hebat - Tuan Haji Shahbuddin Al-Ustaz Mun





HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
Pada 4hb Januari 2010, murid tahun 1 yang baru telah berkumpul di Sudut Ilmu untuk mendengar taklimat dari Guru Besar SKSB, Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim. Selepas itu, program Transisi Tahun 1 telah dimulakan selama satu minggu.


Masih berasa mengantuk ......