Monday, March 10, 2014

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 12

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12 telah berlangsung dengan berjaya pada 8hb Mac 2014, Sabtu bertempat di Sudut Ilmu SKSB pada jam 9.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Said @ Mosa b Zakaria, Pengurus Cawangan Bank CIMB. Acara yang telah dijalankan adalah seperti : Majlis perasmian, taklimat kepada ibu bapa oleh guru besar SKSB, penyampaian cenderahati kepada barisan AJK sesi 2013/2014, perlantikan AJK PIBG baru sesi 2014/ 2015, laporan tahun 6 serta cabutan bertuah. Majlis bersurai pada pukul 2.15 petang.













































MAJLIS PELANCARAN KELAB DOKTOR MUDA SKSB

Majlis Pelancaran Kelab Doktor Muda SKSB telah berjaya dirasmikan pada 10hb Mac 2014 (Isnin) jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan oleh guru besar SKSB Hj Zahidi b Hj Zulkiffli. Majlis turut dihadiri oleh 2 pegawai dari Pejabat Kesihatan iaitu Cik Inin Roslyza bt Rusli Pegawai Pelajaran Kesihatan Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak dan Dr Haslinda bt Ismail Pegawai Perubatan UD52 Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Ahli-ahli dari kelab doktor muda kelihatan berpakaian baju putih dan bersegak pada pagi tersebut untuk menantikan saat-saat pelantikan. Majlis dimeriahkan lagi dengan beberapa acara persembahan seperti bacaan ikar, nyanyian lagu tema, penyampaian watikah perlantikan kepada ahli kelab doktor muda.