Tuesday, September 22, 2015

MAJLIS PENUTUPAN HARI KEBANGSAAN 2015

Majlis Penutupan Hari Kebangsaan 2015 telah berjaya dilangsungkan pada 16hb September 2015 jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan SK Seri Bayu. Majlis dimulakan dengan perarakan Hari Kebangsaan oleh Barisan Warga SKSB yang terdiri daripada Guru Besar SKSB, Penolong-penolong kanan, guru-guru dan semua murid SKSB. Kemudian, majlis disambungkan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa dan nyanyian NegaraKu serta lagu terma hari kebangsaan 2015 iaitu "Sehati Sejiwa". Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negera yang dipimpin oleh wakil murid, Muhammad Akmal Wafiq bin Azizul. Ucapan perasmian penutupan bulan kemerdekaan 2015 telah disampaikan oleh Guru Besar SKSB, Tuan Haji Zahidi bin Haji Zulkiffli. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada murid dan guru, serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kemerdekaan sepanjang bulan merdeka.