Saturday, November 19, 2016

JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2016

Pada 18hb November 2016, Kelab KGKT SK Seri Bayu telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun KGKT 2016 bertempat di Hotel Marina Island Resort pada jam 8 malam. Warga SKSB telah berpakaian bertema glamorous blink blink untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi KGKT, Guru Besar SKSB serta ucapan dari guru yang berpindah. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah & sijil AJK KGKT, memotong kek, tayangan slaid serta cabutan bertuah. Jamuan bersurai pada pukul 10:30 malam.



























LAWATAN MESRA MENTERI PENDIDIKAN KE SK SERI BAYU

Pada 14hb November 2016, lawatan delegrasi yang terdiri daripada YB Dato Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, Y Bhg Tan Seri Dr Khair Bin Mohammad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y Bhg Dato Hj Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perak serta pegawai-pegawai dari JPN Perak, dan pegawai-pegawai dari PPD Manjung telah membuat lawatan mesra ke SK Seri Bayu. Delegasi pendidikan telah disambut dengan meriahnya di Sudut Ilmu. Rombongan tersebut telah membuat lawatan ke Galeri Kokurikulum serta Taman Pecah Beling. Selepas itu, sesi pengambaran bersama dengan warga SK Seri Bayu. Kemudian rombongan tersebut telah dibawa untuk ke dewan untuk sesi penerangan serba ringkas mengenai SK Seri Bayu dan melihat demonstrasi penggunaan vle frog yang dijalankan di dalam bilik frog.