Friday, May 18, 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2018 telah berjaya dilangsungkan pada 16hb Mei 2018 jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan SKSB. Pelbagai program telah disediakan untuk memeriahkan majlis sambutan tersebut. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Perak, bacaan doa, bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Selepas itu, semua warga guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan bacaan Ikrar Hari Guru. Selepas itu semua murid SKSB menyanyikan lagu terima kasih guru. Kemudian persembahan dari murid tahap 1, tahap 2, Pra sekolah dan Pendidikan Khas. Pada pukul 11.00 pagi, murid -murid menjalankan aktiviti mencipta kad ucapan hari guru (tahap 1) dan aktiviti mencipta penanda buku (tahap 2). Sementara itu, guru-guru menjalankan aktiviti memasak mengikut kumpulan dapur. Majlis bersurai pada pulul 1.00 petang.




















Saturday, May 12, 2018

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2018

Perkhemahan Unit Beruniform telah dijalankan pada 26hb April 2018 (Khamis) hingga 27hb April 2018 (Jumaat) bertempat di SK Seri Bayu. Perkhemahan tersebut telah dikelolakan oleh Pasukan BSMM pada tahun ini. Seramai 120 orang murid Tahap 2 telah terlibat dalam perkhemahan ini. Pelbagai program aktiviti telah disediakan. Antaranya terdiri daripada ikatan dan kawad kaki, malam kebudayaan, lari berhalangan, aktiviti memasak, dan penyampaian hadiah serta majlis penutup.