Monday, September 17, 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & HARI RAYA

Pada hari Jumaat minggu yang lepas, sekolah telah menyambut Hari Kanak-Kanak dan Hari Raya Peringkat Sekolah. Murid-murid berpakaian baju raya pada hari tersebut dan menyaksikan pelbagai acara seperti tarian dan nyanyian, yang telah disediakan oleh Kelas Pra Sekolah, Kelas Pendidikan Khas, Kelas Bahasa Mandarin serta kelas tahap 1 & tahap 2. Selepas itu, murid mengadakan jamuan hari raya di dalam kelas masing-masing.