Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Majlis penyampaian sumbangan khas kepada anak yatim, anak kurang upaya dan murid RMT, telah dilansung pada pagi ini semperna menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Murid yang telah dipilih menerima duit raya dan bungkusan cenderahati yang telah disediakan oleh Panitia Agama SKSB. Selain daripada, setiap murid dari Kelas Pra Sekolah telah menerima hamper dan duit raya. Majlis ini disambungkan dengan Bacaan Tadarus murid Tahap 2.



Sumbangan kepada anak yatim


Sumbangan Khas kepada anak kurang upaya


Hadiah istimewa kepada murid pra sekolah


Turut disertai oleh ibubapa murid pra sekolah


Wajah yang gembira selepas mendapat hamper dan duit raya

Bacaan Tadarus oleh murid tahap 2

YDP SKSB Encik Tajul Ashikin turut menyertai Majlis Tadarus SKSB 2009







Wednesday, September 2, 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 52

Pada pagi ini, satu sambutan hari kemerdekaan yang ke-52 peringkat sekolah telah dijalankan dengan tema "1 Malaysia:Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan". Sambutan ini dilangsungkan secara ringkas dan sederhana tetapi dengan penuh semangat kemerdekaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perak. Kemudian disambungkan dengan bacaan perutusan Kemerdekaan . Selepas itu, nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai dan akhirnya laungan "merdeka" sebanyak tiga kali oleh Guru Besar SKSB sebelum majlis bersurai.


Bacaan Perutusan Kemerdekaan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh PK HEM SKSB

Bacaan Perutusan Kemerdekaan dari Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK Pentadbiran SKSB

Bacaan Perutusan Kemerdekaan dari DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agung oleh GB SKSB