Sunday, August 25, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Sekolah telah menyambut Hari Kanak-kanak dan Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu 24 Ogos 2013. Majlis ini disambut dengan meriah sekali. Murid-murid dan guru-guru berpakaian cantik pada pagi tersebut. Program sambutan dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis serta ucapan perasmian oleh PK Pentadbiran Pn Zainah bt Yusoff pada pukul 7.30 pagi. Selepas itu, jamuan hari raya diadakan di setiap kelas di mana murid-murid membawa berbagai kuih-muih dari rumah. Pada pukul 10.30 pagi, beberapa acara persembahan telah dipersembahankan oleh murid-murid pendidikan khas, prasekolah, tahap 1 dan 2 bertempat di Sudut Ilmu SKSB.