Monday, March 6, 2017

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2017

Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah SKSB 2017 telah berlangsung pada 6hb Mac 2017 jam 7.30 pagi di Dataran Wawasan. Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Sekolah serta bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKSB, Tuan Haji Zahidi bin Haji Zulkiffli, Gimik Pelancaran Nilam, Nyanyian Lagu Nilam serta Penyampaian Buku Nilam kepada guru kelas.



























Sunday, March 5, 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 telah berlangsung dengan berjaya pada 4hb Mac 2017, Sabtu bertempat di Sudut Ilmu SKSB pada jam 8.30 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Zahidi B Hj Zulkiffli, Guru Besar Cemerlang SK Seri Bayu. Acara yang telah dijalankan adalah seperti : Majlis perasmian, taklimat kepada ibu bapa oleh guru besar SKSB, penyampaian cenderahati kepada barisan AJK sesi 2016/2017, perlantikan AJK PIBG baru sesi 2017/ 2018, serta cabutan bertuah. Majlis bersurai pada pukul 12.15 tengah hari. 




















KEJOHANAN BOLA JARING DAERAH MANJUNG 2017

Kejohanan Bola Jaring Daerah Manjung Tahun 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 27/2/2017 sehingga 1/3/2017 di Dewan MPM. Sekali lagi Pasukan Bola Jaring Perempuan SK Seri Bayu muncul sebagai Johan Peringkat Daerah Manjung setelah berjuang dalam pertandingan 3 hari berturut-turut. Tahniah diucap
kan.