Monday, March 25, 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA 2019 KALI KE 17 SK SERI BAYU

Kejohanan Olahraga 2019 kali ke-17 SK Seri Bayu telah berlangsung dengan jayanya pada 21hb Mac 2019 bertempat di padang sekolah wawasan Manjung jam 8.00 pagi. Sukan 2019 telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Seri Bayu, Haji Zahidi b Haji Zulkiffli. Acara yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah seperti lintas hormat kontigen, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ikrar kejohanan, ucapan perasmian, persembahan murid, acara sukan balapan, acara jemputan, acara pra sekolah, acara kaum ibu bapa dan majlis penyampaian hadiah. Pada tahun ini, rumah kuning telah menjadi johan rumah sukan untuk keseluruhan. Tahniah diucapkan.


































MAJLIS PERSARAAN PN SULMAWATI BT SULAIMAN

Pada 18hb Mac 2019, jam 8:00 pagi - Majlis Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang, khas buat Puan Sulmawati bt Sulaiman, guru senior Bahasa Inggeris SK Seri Bayu, sempena persaraan beliau. Beliau juga menyumbang banyak jasa dalam memperkembangkan bidang ICT dalam sekolah ini. Majlis yang berlangsung di Dataran Wawasan SKSB ini diserikan dengan pelbagai atur cara untuk meraikan Pn Sulmawati bt Sulaiman yang telah berkhidmat di SKSB selama 16 tahun sejak 2002. Antara pengisian atur cara sepanjang majlis ini ialah bacaan surah yassin dan doa, ucapan YDP PIBG dan guru besar SK Seri Bayu, persembahan nasyid, ucapan yang diraikan, penyampaian hadiah serta tayangan montaj di dalam jamuan persaraan. Majlis bersurai pada jam 12 tengah hari.