Wednesday, April 27, 2011

LAWATAN PENANDA ARAS DARI PKG SITIAWAN

Pada pukul 9.00 pagi hari ini, satu rombongan yang terdiri daripada 22 orang guru besar, 22 orang penyelaras bestari berserta 2 orang pegawai PKG Sitiawan, mengadakan lawatan penanda aras ke SKSB. Mereka telah diberi pendedahan mengenai perkembangan ICT di SKSB oleh guru besar SKSB Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim P.P.N. Bersama lawatan ini, turut dihadiri oleh Dato' Ahmad Kamil Mahmood, CEO KPERAK dan juga Nor A'fidah Abdullah , ketua K-Pembangunan Sosial KPEC.








Penyampaian cenderhati oleh En. Tajor Amar bin Nazri,
Guru Besar SK Methodist ACS Sitiawan, wakil dari rombongan pelawat.

Monday, April 25, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH




Pasukan bola jaring SKSB yang baru-baru ini telah muncul
menjadi Johan dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri. Tahniah diucapkan.

Sumbangan yang telah diterima oleh SKSB semperna Program Pembersihan Paersiaran Pantai, anjuran Yayasan AEON Malaysia yang telah berlangsung di Teluk Senangin pada 23/4/2011
Dua orang murid SKSB telah mendapat tempat dalam Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Daerah Manjung yang telah berlangsung di Arena Square, Pantai Remis pada 21/4/2011

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK NAKHODA MUHAMMAD TAIB

Pada hari sabtu yang lepas, iaitu 23hb April 2011, satu rombongan yang terdiri daripada 26 orang guru dan staf dari Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib Segari, mengunjung ke sekolah kami untuk membuat Lawatan Penanda Aras. Beberapa slot telah didedahkan mengenai sekolah kami iaitu pengurusan sekolah, pembangunan ICT dan pendedahan kelas muzik. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi impak kepada kami untuk memajukan lagi dalam bidang pembestarian sekolah.








Wednesday, April 20, 2011

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK CONVENT

Pada hari ini jam 3.30 petang, satu rombongan dari SK Convent Sitiawan yang terdiri daripada 3 orang guru dan 15 orang murid telah mengadakan Lawatan Penanda Aras KPEC ke SKSB.Mereka telah diberi pendedahan dalam Projek KPEC yang telah dijalankan oleh kami.










Saturday, April 16, 2011

Lawatan Penanda Aras






Pada 16 April 2011, guru-guru bersama Guru Besar dari SK Kg Sitiawan telah membuat lawatan penanda aras ke SK Seri Bayu dan mendengar taklimat tentang "Integriti Kecemerlangan Sekolah" oleh Guru Besar SK Seri Bayu, Tn Haji Ahmad Dalail. Mereka juga telah membuat lawatan ke bilik muzik untuk melihat aktiviti yang dijalankan pada hari itu iaitu kelas violion. Selepas jamuan ringan di kantin mereka ke Studio Kpec untuk mendengar sedekit maklumat tentang kejayaan ICT di SK Seri Bayu oleh Pn Ruth dan Pn Sulmawati. Mereka juga telah menonton video, mencuba i-board capture kits, melayari internet dan mempelajari serba sedikit tentang moviemaker, interactive powerpoint dan goanimate.

Wednesday, April 13, 2011

CERAMAH JALANRAYA

Pada pagi hari ini, satu ceramah telah disampaikan oleh Pengawai Pengangkutan Jalan (JPJ) En Abu Bakar bin Ahmad dalam tajuk " Keselamatan Jalanraya Pergi dan Balik". Beliau merupakan Pengawai Pendakwa dan juga Penguji Pelesanan Bertauliah JPJ Cawangan Manjung.




Monday, April 11, 2011

TEMASYA OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH MANJUNG 2011

Temasya Olharaga Pendidikan Khas Daerah Manjung Tahun 2011 telah dijalankan pada 7 April 2011 (Khamis) di kompleks Sukan MPM Seri Manjung. Pendidikan Khas SKSB telah berjaya memenangi beberapa acara dalam temasya olahraga tersebut. Antaranya 4x100m perempuan berjaya mendapat tempat kedua dan tempat ketiga dalam acara 4x100m lelaki. Olahragawati Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011 telah disandang oleh Kalaivaano a/p Pachai Muthu. Beliau telah memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi, larian 100m dan 200m. Beliau telah dipilih sebagai Olahragawati Harapan pada tahun ini. Sementara Olahragawan Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011 telah disandang oleh Muhd Iqrak b Muhd Zaidul Bahari. Beliau telah memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru, larian 100m dan 200m. Beliau juga telah dipilih sebagai Olahragawan Harapan pada tahun ini.
Olahragawan Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011
Muhd Iqrak b Muhd Zaidul Bahar
Olahragawati Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011
Kalaivaano a/p Pachai Muthu