Monday, April 26, 2010

LAWATAN PENDIDIKAN KHAS KE LUMUT SEMPENA LUMUT BANDARAYA MARITIM

Pada 24 April 2010, warga Pendidikan Khas SKSB seramai 27 orang murid, 14 guru dan 5 orang pembantu pengurusan murid telah mengadakan lawatan ke Lumut sempena Lumut sebagai Bandar Maritim dan juga hari ulangtahun TLDM ke 76. Pelbagai aktiviti diadakan seperti penglibatan murid dalam aktiviti mewarna, sesi temubual bersama YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyaksikan konsert dan juga melawat ke tapak pameran. Aktiviti ini amat bermanfaat bagi warga Pendidikan Khas SKSB.
Pertandingan melukis antara pelajar-pelajar Pendidikan Khas
Murid-murid Pendidikan Khas sedang menjamu selera
Bergambar bersama YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar sedang bermesra dengan murid Pendidikan Khas
Lawatan ke Tapak Pameran Tentera Laut.
Guru dan murid bergambar di hadapan tapak pameran

JMFR10

Encik Muhamad Yusli bin Yasin (Guru SKSB) terlibat dalam JMFR10 (Janamanjung Fellowship Ride 2010) yang telah berlangsung pada Ahad yang lepas, iaitu 25 April 2010. Beliau telah mencatat rekod yang baik, iaitu berjaya masuk ke raking 100 daripada seramai 275 orang.
Aktiviti kayuhan ini merupakan aktiviti tahunan Janamanjung dan disertai oleh peserta daripada seluruh Semenanjung Malaysia.
Kayuhan ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum. Walaupun
usia Encik Muhamad Yusli diketogarikan dalam kumpulan vateran tetapi masih mampu menewasan pengayuh-pengayuh muda. berkat sokongan isteri,anak-anak dan rakan-rakan guru, beliau berjaya menamatkan kayuhannya dalam kelompak yang agak baik. Terima kasih dan SYABAS....
Pre-ride photo :


Route map : sejauh 130 km

Saturday, April 24, 2010

KURSUS KEPIMPINAN TAHUN 2010

Kursus Kepimpinan tahun ini dihadiri oleh 46orang murid dari Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Briged Bestari, Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah serta Pembimbing Rakan Sebaya. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SKSB.




HARI BUKU & HAK CIPTA SEDUNIA

Satu majlis telah diadakan semasa perhimpunan pagi ini untuk merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Tujuannya adalah bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti persembahan mendeklamasi sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mini choral speaking, sesi tukar buku, pertandingan mewarna dan pertandingan melukis poster.




Sajak Bahasa Melayu yang bertajuk "Ku Cinta Pada Mu" yang disampaikan oleh adik Abid Syauqi dan Mohd Annuar.

Umairah mendeklamasikan Sajak Bahasa Inggeris yang bertajuk " Teacher".
Amalia Syuhada menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk " Periuk Ajaib"
Mini Choral Speaking - " Sshhh!! "


Pertandingan Mewarna


Tuesday, April 20, 2010

HARI KELUARGA KGKT SKSB TAHUN 2010

Pada Ahad yang lalu, iaitu 18hb April, seramai 24 buah keluarga staf KGKT SKSB telah menyertai program Hari Keluarga ke Sungai Klah, Sungkai. Antara program yang telah disusun adalah seperti "Treasure Hunt", sukaneka untuk guru/ suami-isteri/ anak-anak dan memasak telur.






LATIHAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran sekolah telah dibuat pada 15hb April 2010 yang lalu. Seperti biasa, murid beratur dan berkumpul di padang semasa mendengar loceng berbunyi. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cikgu Muhamad Yusli bin Yasin kepada murid-murid.






Cikgu Hamidah mencatat jumlah kehadiran murid daripada guru kelas.

Tuesday, April 13, 2010

YAHOO!!! MANJUNG JADI JOHAN

Setelah bertanding selama 3 hari mulai 9hb April hingga 11hb April, pasukan bola jaring Manjung telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri Kategori perempuan bawah 12 tahun. Syabas dan tahniah kepada mereka yang telah bertungkus lumus untuk mengharumkan nama Manjung di peringkat negeri.

6 orang murid SKSB terlibat dalam Team Manjung


Bola Jaring Peringkat Negeri Tahun 2010 berlangsung di padang SKSB










Puan Nor Izzah bt Abdul Karim, guru SKSB merupakan jurulatih bola jaring Team Manjung