Tuesday, November 16, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan SKSB Tahun 2010 telah berlansung semalam bertempat di Teluk Batik Resort Lumut. Pada pukul 8 malam, acara bermula dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar, ucapan YDP PIBG dan ucapan perasmi. Pelbagai acara telah disediakan seperti : Persembahan Live Band Guru, Pentomin daripada murid Pendidikan Khas, PersembahanOrkestra dan penyampaian hadiah.
Persembahan Pentomin
Persembahan Orkestra SKSB




Persembahan Violin yang bertajuk " Smooth Criminal"
Liveband SKSB




Tokoh murid tahun 2010
Alif Nur Aiman b Azman Nor
Siti Nursyamirah bt Mohd Azhar

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010

Jamuan akhir tahun KGKT berlansung pada malam Jumaat 12hb November 2010 bertempat di D'Motel Teluk Batik. Semua ahli KGKT SKSB bersama dengan seisi keluarga dijemput hadir ke BBQ malam tersebut. Majlis bersurai pada pukul 10.30 malam.






a

l




Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

KEPUTUSAN UPSR KELUAR HARI INI
Murid tahun 6 berkumpul hari ini di Sudut Ilmu untuk mendengar keputusan yang akan diumumkan oleh Guru Besar SKSB Tuan Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim. Tanpa diduga, sekolah kami mendapat tempat kedua dalam ranking Daerah Manjung (2/41) dengan GPS sebanyak 1.72. Tahniah diucapkan. Seramai 35 orang murid berjaya mendapat 5A (23.48%) dan 25 orang murid mendapat 4A1B (16.78%). Kuantiti kelulusan UPSR 2010 ialah sebanyak 90.60% (135 orang).


Murid yang mendapat 5A
4A1B







Friday, October 1, 2010

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI RAYA

Sekolah telah menyambut Hari Kanak-kanak dan Hari Raya Aidilfitri pada Hari Rabu yang lalu. Majlis ini disambut dengan meriah sekali. Murid-murid dan guru-guru berpakaian cantik pada pagi tersebut. Terdapat beberapa acara persembahan telah disampaikan oleh murid-murid tahap 1 dan 2. Pada 10 am, murid-murid menjamu selera di dalam bilik darjah dengan berbagai kuih-muih yang telah dibawa dari rumah. Selepas itu, seluruh warga SKSB telah dihiburi oleh lagu raya yang telah disampaikan oleh Kugiran SKSB.






a

k