Monday, October 3, 2016

MAJLIS PERASMIAN FROG CLASSROOM SK SERI BAYU

Majlis Perasmian Frog Classroom telah berlangsung dengan berjayanya pada 30hb September 2016, jam 10 pagi di SK Seri Bayu. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Rosli bin Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak. Ramai tetamu telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Antara tetamu dari JPN Perak - En Mohd Zaki dan Puan Siti Norhaidza Adura (Penolong Pengarah Bidang ICT & Pengkomputeran); FrogAsia - En Shahrizan (Consultant FrogAsia); BTPN Perak - En Sharuddin (Ketua Unit Pembestarian Sekolah); PPD Manjung - En Mior Darul Ikram (Penolong PPD TMK) dan En Zazalee (Penyelia TMK); PKG Sitiawan - En Ahmad Riduan; PKG Ayer Tawar - En Siti Faridah; PKG Seri Manjung - En Jerimi, PKG Selekoh - Pn Roziaton Norin serta Pengetua / Guru Besar serta guru admin VLE dari 22 buah sekolah kelompok Ayer Tawar.  
Aturcara yang telah disusun adalah seperti Ucapan dari Guru Besar SK Seri Bayu, Tuan Haji Zahidi b Haji Zukliffli, Ucapan dari perasmi, pelancaran gimik, persembahan murid, persembahan video klip dan lawatan ke Frog Classroom. 

Projek Frog Classroom Makeover lebih dikenali sebagai Projek Bilik Darjah Frog juga telah dilaksanakan olah Syarikat Yayasan YTL di bawah 1bestarinet bekerjasama dengan sekolah di  Malaysia. Ia merupakan satu inisiatif pengubahsuaian yang direka untuk mentransformasi bilik darjah kepada sebuah ruangan yang ceria, serta bersesuaian untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran masa akan datang. Dengan pengubahsuaian bilik darjah ini, murid berpeluang untuk mengalami pengalaman dalam bilik darjah Frog, serta menggunakan sepenuhnya manfaat VLE ‘Frog Classroom’ dalam pembelajaran yang lebih kondusif.