Monday, August 1, 2016

HARI KEUSAHAWANAN SKSB 2016

Hari Keusahawanan SKSB 2016 telah berjaya dilangsungkan pada 31hb Julai 2016 jam 8.30 pagi sehingga 4 petang bertempat di padang SKSB. Terdapat 14 gerai jualan telah dibuka pada hari tersebut. Antaranya adalah seperti gerai air, gerai aiskrim, gerai burger, gerai keropok, gerai mee dan kuatiau goreng, gerai nasi ayam dan nasi lemak, gerai rojak buah, gerai aneka bubur, gerai mee kari dan mee rebus, gerai ayam goreng dan kentang, gerai laksa dan gerai jumble sale. Selain itu, aktiviti lain yang diadakan termasuk tuju lagu, menonton wayang, roda impian, pertandingan karaoke, rumah hantu dan waterpark. Sambutan yang diterima daripada ibubapa serta penduduk sekitar amat memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam 8 pagi sehingga tamat Hari Keusahawanan. Kebanyakan gerai berjaya menghabiskan barangan jualan mereka. Hari Keusahawanan telah berakhir pada pukul 4.00 petang.