Saturday, April 15, 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2017

Perkhemahan Unit Beruniform 2017 telah dijalankan pada 13hb April 2017 hingga 14hb April 2017 bertempat di D' Chalet, Kampung Sitiawan. Perkhemahan tersebut telah dikelolakan oleh Pasukan Tunas Puteri. Ahli perkhemahan pada tahun ini dianggotai oleh Pasukan Pengakap, Tunas Puteri, Puteri Islam, PBSM, TKRS dan Pendidikan Khas. Pelbagai program aktiviti telah disediakan. Antaranya terdiri daripada Ikatan dan pertolongan cemas, sukaneka, aktiviti memasak, pertandingan malam kebudayaan serta majlis penutup. Johan Keseluruhan Perkhemahan Peringkat Sekolah pada tahun ini dimenangi oleh pasukan TKRS. Tahniah diucapkan.