Sunday, November 23, 2014

JAMUAN AKHIR KGKT 2014

Jamuan makan malam akhir tahun KGKT SKSB telah diadakan pada 20hb November 2014, Khamis jam 8.00 malam bertempat di Restoran Horizan, Seri Manjung. Staf SKSB telah berkumpul untuk menjamu selera dan meraikan pertukaran beberapa guru ke sekolah lain. Mereka adalah Pn Murtakiah, Pn Suhana dan Pn Norazlin. Pihak KGKT sekolah telah menyediakan cenderahati kepada guru-guru tersebut sebagai tanda perhargaan di atas perkhidmatan selama di SKSB.  























MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH CEMERLANG 2014

Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Bayu Tahun 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 19hb November 2014, Rabu jam 2.30 petang bertempat di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh ACP TK Mohd Zailan bin Tengku Ahmad Shah, Ketua Polis Daerah Manjung. Pelbagai acara telah disediakan antara seperti ucapan Guru Besar SKSB, ucapan YDP PIBG SKSB, ucapan perasmi, persembahan nasyid, tarian, pakaian beragam, penyampaian hadiah, graduasi untuk murid pra sekolah dan tahun 6, serta penyampaian anugerah tunas harapan dan tokoh murid. Anugerah Tunas Harapan 2014 SKSB disandang oleh Muhammad Kamarul Adli b Mohd Zaidi. Anugerah Tokoh Murid 2014 disandang pula oleh  Muhammad Alif Hakimi b Khuzaimi, Siti Nurhannah Husna bt Abdul Rahaman, Megat Muhammad Imran b Mohd Suffian dan Ling Zhi Zhi. 


















































































































 Anugerah Tunas Harapan 2014 SKSB - Muhammad Kamarul Adli b Mohd Zaidi



  Anugerah Tokoh Murid 2014 SKSB (Arus Perdana) - Muhammad Alif Hakimi b Khuzaimi
 Anugerah Tokoh Murid 2014 SKSB (Arus Perdana) - Siti Nurhannah Husna bt Abdul Rahaman
  Anugerah Tokoh Murid 2014 SKSB (Pendidikan Khas) - Megat Muhammad Imran b Mohd Suffian
 Anugerah Tokoh Murid 2014 SKSB (Pendidikan Khas) - Ling Zhi Zhi