Pada 27hb Jun 2011, Jamuan Makan Malam bersama yang diraikan Mantan Guru Besar SKSB Haji Ahmad Dalail Bin Mohd Rakim P.P.N. bertempat di Dewan Teluk Batik Beach Resort jam 8.00 malam.
Mantan Guru Besar SKSB Haji Ahmad Dalail Bin Mohd Rakim P.P.N. bergambar dengan keluarganya.
Majlis Persaraan Guru Besar SK Seri Bayu, Haji Ahmad Dalail Bin Mohd Rakim P.P.N. telah berjaya dijalankan pada 27hb Jun 2011 jam 10 pagi. Acara pada hari tersebut adalah terdiri daripada : Bacaan Doa, Ucapan-ucapan dari wakil murid, wakil guru, YDP PIBG dan juga Tuan PPD Daerah Manjung. Beberapa persembahan yang telah dibawa oleh Kelas Pendidikan Khas, Kelas Bahasa Cina, Pasukan Orkestra dan juga Kurigan SKSB, turut menghibur hati penonton. Majlis tamat pada jam 12.00 tengahari dengan upacara perarakan keluar oleh guru besar SKSB.
"SELAMAT BERSARA" TUAN HAJI AHMAD DALAIL B MOHD RAKIM P.P.N.
Menyampaikan cendehati kepada Perasmi Penutup - Ustaz Ahmad Fuad bin Samson Pada 17hb Jun 2011 Jumaat yang lepas, SKSB telah mengadakan satu Program Perkhemahan Unit Beruniform 2 hari 1 malam bertempat di Chalet Pak Ya, Teluk Senangin. Seramai 60 orang murid Tahap 2 terlibat dalam perkhemahan ini.