Majlis Perasmian Sambutan Bulan Pemakanan Malysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2012 telah berlansung dengan berjayanya pada hari ini jam 10 pagi. Tema Bulan Pemakanan Malaysia 2012 ialah "Jom Bina Keluarga Lebih Sihat". Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Man Hang Soon D.P.M.P., pengerusi jawatankuasa kesihatan kerajaan tempatan hal-ehwal pengguna, alam sekitar, pengangkutan dan hal-ehwal bukan islam. Berbagai acara telah disediakan, seperti : pertandingan bercerita, pertandingan memasak, pertandingan buku scrap, persembahan nyanyian, orkestra dan pameran kiosk kesihatan.