Monday, July 28, 2008

NEWS UPDATE





KURSUS BAHASA ISYARAT

Kursus ini dijalankan pada 19hb Julai 2008,Sabtu bertempat di Dewan Samudera SKSB. Seramai 46 orang guru SKSB menghadiri kursus tersebut. Para guru mendapat banyak ilmu semasa mempelajari Bahasa Isyarat. Penceramah Puan Bee Wah a/p Krissnandas merupakan Jurulatih Bahasa Isyarat yang berkelayakan. Beliau kini bertugas di SKPK, Ipoh.





KUIZ KESIHATAN SEK REN PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2008

Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Manjung telah berlangsung baru-baru ini pada 26hb Julai 2008. Murid SKSB dibawah pimpinan Puan Leong Siw Len telah berjaya mendapat Johan dalam Peringkat Daerah. Mereka adalah terdiri daripada Siti Nurhidayah bt Mohd Azhar, Muhd Is'ad b Mohd Shaiful Adli Chung, Mohd Syazwan b Ibrahim dan Rooban Raao a/l Subramanian. Hadiah pemenang adalah terdiri daripada sebuah tropi, sijil penyertaan dan wang tunai yang bernilai RM100.00. Tahniah diucapkan !!!!


KARNIVAL HARI PUTERI DAERAH MANJUNG

Ahli pasukan Puteri Islam SKSB juga berjaya memungut beberapa pingat semasa Karnival Hari Puteri Daerah Manjung semperna Pergerakan Puteri Islam Malaysia yang baru-baru ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir pada 26hb Julai 2008, Sabtu minggu yang lepas.

Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai :

Pidato & Buku Log ---- Nor Qistyna Hajar Bt Tahir ( Ketiga )
Public Speaking & Buku Skrap Berkomputer --- Nurul Azwany bt Norzet ( Naib Johan )
Melakar Busana --- Nur Aqilla Farhana bt Mohd Arif ( Ketiga )
Mencipta Pantun --- Nurul Asyira Ezrin bt Ahmad Hapizudin ( Johan )

Saguhati :
1. Nathan bt Abd Ghani ( Mewarna & Melukis )
2. Athira Najah bt Alias ( Mendandan & Memperaga Busana Muslimah )
3. Rizq Nur Salma bt Abdul Rauf ( Buku Skrap Tulisan Tangan )
4. Nor Syazwani bt Ayeob Nadzori, Nur Syahirah bt Samsa & Nur Fatin Azma bt Ahmad Puat
( Kuiz )

KEJOHANAN JEMPUTAN KEDAH SPEED POWER TAEKWANDO

Tiga orang murid SKSB iaitu Akmal Hazarith b Azhar, Muhd Rusyahdi Irfan b Mohd Rashid dan Muhd Ariff Najamuddin b Mokthar telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Jemputan Kedah Speed Power Taekwando di Sungai Petani, Kedah pada 18hb hingga 19hb Julai 2008. Sijil penyertaan telah disampaikan kepada mereka semasa perhimpunan pagi tadi.

No comments: