Wednesday, April 29, 2009

PERTANDINGAN KOMPANG & FORMASI SEKOLAH RENDAH 2009

Satu Pertandingan Kompang & Formasi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Manjung Tahun 2009, telah diadakan di SKSB jam 2.00 petang hari ini. Terdapat 6 buah sekolah rendah yang mengambil bahagian dalam acara pertandingan ini.


Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi

Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) Lumut

Sekolah Kebangsaan Pangkor

Sekolah Kebangsaan Methodist Ayer Tawar

Sekolah Kebangsaan Pengkalan TLDM

dan Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhd Taib






SK Pangkor muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan ini.

SK Sungai Wangi mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini


SK Methodist Ayer Tawar - Johan dalam Pertandingan Kompang & Formasi 2009. Tahniah!!

Encik Mohamad Akhir bin Abdul Latif, Timbalan PPD Manjung (Bahagian Pengurusan Pembangunan Manusia) selaku perasmi majlis pada petang ini, menerima cenderhati dari Encik Ahmad Dalail bin Mohd Rakim, Guru Besar SKSB.

1 comment:

shazren92 said...

syabas...sekolah ku menag!!!!!