Wednesday, August 12, 2009

TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-52, 2009

Tema Hari Kemerdekaan ke 52 :

“1 Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009 :

“1 Malaysia”

Keterangan logo 1 Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Lagu dan Lirik “1 Malaysia”

Lagu dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham
Lirik oleh Lokman Ghani

Satu Malaysia


Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
* Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
"Satu Malaysia untuk semua"

Credit : Nukilan Jejari Azhad (http://blog.azhad.com/2009/08/tema-hari-kemerdekaan-2009-ke-52.html)

No comments: