Wednesday, September 2, 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 52

Pada pagi ini, satu sambutan hari kemerdekaan yang ke-52 peringkat sekolah telah dijalankan dengan tema "1 Malaysia:Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan". Sambutan ini dilangsungkan secara ringkas dan sederhana tetapi dengan penuh semangat kemerdekaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perak. Kemudian disambungkan dengan bacaan perutusan Kemerdekaan . Selepas itu, nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai dan akhirnya laungan "merdeka" sebanyak tiga kali oleh Guru Besar SKSB sebelum majlis bersurai.


Bacaan Perutusan Kemerdekaan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh PK HEM SKSB

Bacaan Perutusan Kemerdekaan dari Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK Pentadbiran SKSB

Bacaan Perutusan Kemerdekaan dari DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agung oleh GB SKSB






No comments: