Monday, April 11, 2011

TEMASYA OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH MANJUNG 2011

Temasya Olharaga Pendidikan Khas Daerah Manjung Tahun 2011 telah dijalankan pada 7 April 2011 (Khamis) di kompleks Sukan MPM Seri Manjung. Pendidikan Khas SKSB telah berjaya memenangi beberapa acara dalam temasya olahraga tersebut. Antaranya 4x100m perempuan berjaya mendapat tempat kedua dan tempat ketiga dalam acara 4x100m lelaki. Olahragawati Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011 telah disandang oleh Kalaivaano a/p Pachai Muthu. Beliau telah memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi, larian 100m dan 200m. Beliau telah dipilih sebagai Olahragawati Harapan pada tahun ini. Sementara Olahragawan Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011 telah disandang oleh Muhd Iqrak b Muhd Zaidul Bahari. Beliau telah memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru, larian 100m dan 200m. Beliau juga telah dipilih sebagai Olahragawan Harapan pada tahun ini.
Olahragawan Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011
Muhd Iqrak b Muhd Zaidul Bahar
Olahragawati Pendidikan Khas Kategori Sekolah Rendah 2011
Kalaivaano a/p Pachai Muthu

No comments: