Thursday, November 15, 2012

HARI GRADUASI TAHUN 6

Hari Graduasi Tahun 6 telah berlansung pada 8hb November 2012, Khamis bertempat di SKSB. Majlis ini merupakan majlis yang pertama kali dijalankan di SKSB. Seramai 139 orang murid tahun 6 terlibat dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj. Tajul 'Ashikin b Tajul (AMN, BAT, PJM, PPS, PPA). Aturcara pada hari tersebut adalah terdiri daripada penyampaian hadiah kedudukan, mata pelajaran terbaik, anugerah khas kokurikulum, anugerah rambu pengakap, persembahan orkestra SKSB serta penyampaian hadiah tokoh murid. Tokoh murid SKSB tahun 2012 dimilik oleh Muhammad Izzul Haziq b Mohd Nazri dan Nur Saidatul Husna bt Norsuhaimi. Tahniah diucapkan.




















No comments: