Sunday, July 8, 2012

PERTANDINGAN REKODER ENSEMBLE PERINGKAT DAERAH 2012

Pertandingan Rekoder Ensemble Sekolah Rendah Daerah Manjung telah berlangsung dengan jayanya pada 5hb Julai 2012. Seramai 4 buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini, iaitu SK Seri Bayu, SJK(C) Tit Beng, SJK(C) Chung Cheng dan SJK(T) Maha Ganesa Vidaisalai, Sitiawan. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, Encik Ahmad Hassan bin Nuri. SJK(C) Chung Cheng telah muncul sebagai Johan, SK Seri Bayu - Naib Johan dan SJK(C) Tit Beng mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan.
 Pasukan SK Seri Bayu

 Penjaga Masa
 Pasukan SJK(T) Maha Ganesa Vidaisalai 

 Pasukan SJK(C) Chung Cheng

 Para Hakim 











 SJK(C) Chung Cheng memenangi hadiah bagi kategori Konduktor Terbaik

Pasukan Rekoder SK Seri Bayu berjaya mendapat Naib Johan 

No comments: